Friday, April 16, 2010
Majlis Pelancaran Jentera BN Perak
Dengan simbolik pelepasan tersebut, Awekz harap semua jentera yang telah diberi amanah akan dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin bagi merampas kembali Parlimen Hulu Selangor. Awekz juga mendapat maklumat bahawa Ketua Zon 2C mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak telah melawat mangsa kebakaran di Kg. Serigala. Bantuan juga telah diberikan kepada mangsa untuk mengurangkan beban mangsa.
Calon BN juga telah dimumkan, tidak kira siapa calonnya, yang penting kini TERUSKAN MISI MENAWAN HULU SELANGOR!!! Buktikan sokongan rakyat telah kembali semula kepada kita!!! Selamat berjuang kepada semua...
dipetik dari awekzbukitgantang
Kamalanathan well received so far, says DPM
HULU SELANGOR, April 16 — Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said today that initial responses from the people of Hulu Selangor show that the Barisan Nasional’s candidate P. Kamalanathan was well accepted.
“He may be a new face to the people here but from feedback that we have gotten from our people on the ground, Kamalanathan has been accepted well,” he told a press conference after the ground-breaking ceremony of SJKC Bukit Tangga in Bukit Sentosa here.
Muhyiddin said that by fielding Kamalanathan, the BN was listening to the people’s voice.
“They have said to us that they want a new and fresh face. It is the voice of the majority of the people here. So we have given the people what they want.
“We believe in people first so no, we put their needs first. The early response so far has been positive,” he said.
He pointed out that Kamalanathan, the MIC information chief who is also a public relations manager, had a good and clean background.
“He is honest and he has a good background. We believe that our candidate is by far, much better than the PKR’s,” he said.
Muhyiddin said that after nomination tomorrow, Kamalanathan would embark on an exhausting journey to every nook and cranny of the largest constituency in Selangor, to introduce himself to the people and “show his face”.
He noted that the BN would embark on an “offensive” approach to their campaigning, instead of a defensive approach.
“We have received information that they (the opposition) plan to bring issues into this campaign; issues that are actually untruths.
“We are here to explain to the people. We will take the bull by its horns because we have the right information and we will not play up issues that are not true. We will speak the truth... we are not a party that twists things out of control and tell lies. This is the stand that we will take,” he said.
Muhyiddin noted that the moment the campaign clock begins running tomorrow, the opposition would likely bring issues like the government’s so-called links to Israel’s Zionist regime by hiring international firm Apco Worldwide.
“Yes, we know of all this. They will use it, no doubt. But we will give our explanations to the people. There are many things that I would like to answer to now but we do not have the time. However, during the campaign sessions, we will answer to them,” he said.
Muhyiddin also raised the topic of the Cabinet’s inter-faith committee and the voices of dissent from state muftis such as Perak’s Tan Sri Harussani Zakaria.
“We have met with the muftis and it looks like they are satisfied with out explanations.
“They are merely giving us their feedback and we will respond to them positively. We will take in the views of the non-Muslims and the Muslims. At this point however, we are still studying just how much changes we need to make to the present situation.
“We do not want to give out a negative view to the public,” he said.
Noting the sensitivity of the issue, Muhyiddin said the matter had to be tackled carefully.
“One thing is for certain though — whatever the BN does, it is from our goodwill and our wish to take care of the people’s needs. We are not here to speak ill of others. That is what the opposition does — they turn what is right into a wrong,” he said.
The Cabinet’s inter-faith committee first meeting was called off on Monday, following a misunderstanding over Muhyiddin’s words who was wrongfully quoted as calling the panel as mere “small fry”.
Certain quarters, including the newly-formed Malay rights group Perkasa, have voiced disagreement over the formation of such a panel, expressing fears that it would make the Islam religion on the same level as the other religions.
PM: MIC perlu menang di Hulu S'gor
PM: MIC perlu menang di Hulu S'gor | ||
|
Najib yang juga Pengerusi BN berkata MIC perlu membuktikan yang ia sebuah parti nasional yang berkhidmat bukan saja untuk masyarakat India tetapi juga untuk semua kaum.
"Saya memutuskan (P) Kamalanathan (sebagai calon BN) ialah untuk memenuhi kehendak pengundi tempatan. Ia bermakna apa pandangan rakyat mengenai calon yang sesuai menjadi wakil parlimen (diutamakan).
"Ini yang menjadi perhitungan pertama kerana kawasan Hulu Selangor ini kawasan BN. Kita pinjamkan kepada PKR sementara waktu. Sudah sampai masanya tempoh pinjaman ini ditamatkan dan kembali kepada BN.
"Sebab itu kita mesti letak calon yang boleh menang," kata perdana menteri kepada wartawan Malaysia di Washington sebelum meneruskan lawatannya ke New York.
Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan Ketua Penerangan MIC PKamalanathan, 44, sebagai calon BN untuk bertanding di situ. Penamaan calon akan diadakan esok.
Najib berkata, walaupun Datuk G Palanivel tidak dipilih semula menjadi calon, tetapi beliau tetap mengiktiraf segala sumbangan timbalan presiden MIC itu.
"Saya tetap iktiraf Datuk G Palanivel sebab dia banyak memberi sumbangan sebagai ahli parlimen dan timbalan menteri (sebelum ini)," katanya.
Palanivel merupakan ahli parlimen Hulu Selangor sejak 1990 sebelum tewas kepada Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR yang meninggal dunia 25 Mac lepas akibat barah otak.
Mengenai pemilihan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon PKR kali ini, Najib berkata: "Semua orang kenal Zaid. Tak perlu saya ulas."
Mengenai lawatannya ke Washington, perdana menteri menyifatkannya sebagai yang "paling berhasil" terutama, kerana menurut beliau, sentimen Washington terhadap Kuala Lumpur telah berubah.
Katanya, beliau melihat perubahan sentimen tersebut bukan sahaja pada Presiden Barack Obama dan pentadbirannya tetapi juga di Capitol Hill iaitu dalam kalangan senator serta ahli Kongres dan juga dalam kalangan ahli peniagaan Amerika Syarikat .
Isnin lepas, Najib telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Obama semasa menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di sini.
Samy: MIC Hulu S'gor janji pasti kemenangan BN
Samy: MIC Hulu S'gor janji pasti kemenangan BN | |||
|
Sebelum ini, dilaporkan sebilangan pemimpin MIC Hulu Selangor mengancam untuk membubarkan cawangan mereka jika timbalan presiden MIC itu tidak dipilih sebagai calon BN.
Mengulas lanjut, Samy Vellu berkata, beliau tidak bimbang kerana menyifatkannya sebagai satu salahfaham kecil dan mereka yang terbabit telah datang menemui beliau.
"Saya telah jelaskan kepada mereka perkara ini diambil alih oleh perdana menteri apabila beliau balik (dari luar negara) selepas pilihan raya kecil (ini)," katanya.
Sam
Mengenai sokongan Umno kepada Kamalanathan, presiden MIC itu menyifatkannya sebagai 'kelas A"
Ditanya apakah dimaksudkannya, Samy Vellu berkata: "100 peratus kepada MIC".
"Saya tahu mereka telah buat persiapan dan sekarang ini di berapa tempat ada kegiatan, terutama untuk penamaan calon esok.
"Mereka boleh bekerjasama untuk mencapai kejayaan dalam pilihan raya kecil ini," tambahnya.
Mengenai Palanivel, Samy Vellu ditanya sama ada timbalan presiden MIC itu akan membantu kempen MIC.
"Dia berjanji akan bersama kita. Pada masa ini (5.30 petang tadi), beliau ada di Ladang 15 sedang berkempen.
"Dia berjanji untuk bersama kita. Dia ada stailnya sendiri. Ini kerana sudah 20 tahun beliau berada di sini.
"Dia tahu di mana ada penyokong, di mana perlu kerja lebih masa, di mana ada penyokong kuat.
"Palanivel tahu untuk mengatur perjalanan (kempen) beliau," tambahnya.
Saturday, April 10, 2010
KECOH - Petani Sayur Di Halau Bertani Oleh Pakatan Rakyat Haprak Selangor

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Dato Sri Noh Bin Omar
Merasmikan Mini Maha Bertempat di Kuala Kubu Baru
Hulu Selangor

Ribuan Rakyat Yang Hadir Termasuk Masyarakat Orang Asli
Sekitar Hulu Selangor

Lagu Negaraku Pemankin Semangat Kita Warganegara Malaysia

Peserta Di Kalangan Masyarakat Orang Asli Yang Terpilih Menerima
Inisiatif pembangunan Pertanian Dari Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Kumpulan Nasyid Memeriahkan Lagi Ekso Mini Maha
Dato Sri Noh Bin Omar menjamu selera bersama para
hadirin dan penduduk Hulu Selangor yang
Hadir ke Ekspo Mini Maha.
Malam Tadi bertempat di Kuala Kubu Baru Hulu Selangor, majlis perasmian Mini Maha di adakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang di rasmikan oleh Menteri bertanggungjawap Dato Sri Noh bin Omar.
Kehadiran Rakyat sekitar Hulu Selangor amatlah menggalakkan yang mana ramai di kalangan mereka yang hadir ini merupakan para Petani, dan juga Penternak. Malah ramai juga di kalangan anak anak muda yang hadir bagi mengambil peluang dalam mendapatkan pakej pakej pertanian dan penternakan yang di adakan.
Turut hadir di majlis berkenaan adalah Adun BN Kuala Kubu Y.B. Wong Koon Mun dan juga Y.B. Datuk Idris Abu Bakar Adun Hulu Bernam dan juga para pengarah dan ketua kementerian Pertanian.
Ucapan Dato Sri Noh bin Omar pada malam ekspo Mini Maha itu banyak menyentuh tentang peranan Kerajaan Malaysia yang membantu para petani, penternak dan juga Nelayan bagi memberikan mereka hasil pulangan yang lumayan dan seterusnya mengeluarkan Golongan ini dari senarai kemiskinan. Banyak usaha kerajaan yang membantu mereka ini berjaya sehingga ada di kalangan mereka ini dapat mengeksport hasil mereka ke pasaran antarabangsa.
Dalam ucapannya itu juga, Dato Sri Noh menemplak kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang hanya pandai menabur janji indah semata mata namun tidak langsung membantu para petani, penternak dan juga Nelayan. malah mereka sebaliknya cuba menghapuskan mana mana petani yang menanam sayur di tanah terbiar. Hal ini amatlah Jijik memandangkan mereka tidak menggunakan tanah tersebut namun menghalau petani yang mengusahakan Tanah berkenaan bertahun lamanya.
Pakatan Rakyat menjanjikan kebajikan pada rakyat nya namun tidak ada langsung usaha bagi membantu rakyat Selangor itu. Bagaimana hendak memberikan kebajikan jika mereka semua sudah Tamak Haloba dalam meraih kekayaan Wang Rakyat Selangor.
Dato Noh menyeru kepada warga Hulu Selangor untuk berubah kepada kepimpinan yang membantu rakyat. Lihat sahaja Adun Adun BN dalam parlimen Hulu Selangor yang turun ke padang menjenguk rakyat. Pemimpin Pakatan Pembangkang? langsung tidak menjenguk malah Khalid Gagap tidak pernah menjenguk permasaalahan rakyat. Bila ada Pilihanraya Kecil barulah terhegeh hegeh nak turun jengok rakyat.
Ok....setakat ini sahaja, namun pada esok malam Gomo akan keluarkan satu artikel Pendedahan PANAS dari Adun Kuala Kubu Baru YB Wong Koon Mun dan juga pendedahan Dato Sri Noh yang berkisah PENAMPOR....
Harap Rakyat Hulu Selangor sedar akan hal ini.
Undi BN Bagi menjamin peningkatan hidup anda.
Psssttt..mantap esok..ha ha ha...cerita Penampor..
Jaja isu bukan strategi cerdik
MEMANG diakui Barisan Nasional (BN) ada banyak isu untuk dijadikan modal semasa berkempen untuk pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. Tetapi jangan lupa pakatan pembangkang juga ada isu untuk dijaja.
Bukan setakat ada, mereka sedang berusaha mencipta pelbagai isu lagi yang boleh saja menangkap fikiran dan menjadi tarikan di kalangan para pengundi di Hulu Selangor.
Kelicikan pakatan pembangkang sememangnya terbukti dalam setiap pilihan raya kecil selepas catatan prestasi buruk BN dalam Pilihan Raya Umum ke-12 dua tahun lepas. Fakta itu tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Mereka hanya menunggu masa yang tepat dan sesuai untuk menabur modal tersebut - yang pasti boleh memberi kesan kepada saraf para pengundi tanpa mengenal bangsa dan agama. Bak kata Datuk S. Nallakarupan yang merupakan bekas sahabat rapat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ada banyak agenda gila. Agenda gila itu semestinya diturunkan kepada barisan kepemimpinan pakatan pembangkang dan ahli-ahli yang masih mendendangkan lagu setia berbakti dan berkhidmat demi parti.
Peliknya agenda gila itu diterima pakai di kalangan segelintir rakyat. Rakyat percaya apa yang Anwar kata, rakyat terpesona dengan kepetahan Anwar terutamanya apabila mengaitkan Israel dengan Malaysia - sesuatu yang amat sukar diperjelaskan kepada rakyat yang telah tertanam di fikiran mereka Israel adalah Yahudi dan Yahudi membunuh umat Islam di Palestin serta menyingkirkan mereka dari negara sendiri. Begitu juga dakwaan ejen Israel dalam Pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) - satu tuduhan berat yang tidak boleh dipandang ringan tetapi semestinya bahan paling sempurna untuk digoreng oleh pakatan pembangkang.
Biarpun logik akal sukar menerima walaupun satu peratus pun kesahihan dakwaan tersebut namun strategi pakatan pembangkang ternyata ada kesannya.
Sebab itu untuk berhadapan dengan 64,500 pengundi di Parlimen Hulu Selangor bukan tugas mudah. Kemenangan BN menerusi Tan Sri Isa Samad di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang tidak boleh dilihat sebagai petanda kesinambungan di Hulu Selangor.
Cabaran di Hulu Selangor amat berat dan mesti digalas secara berhati-hati untuk mengelak sebarang kesilapan walau sebesar zarah sekali pun. Setiap petugas mesti menjaga kerahsiaan parti dan berkempen dengan ikhlas untuk memastikan pengundi di Parlimen Hulu Selangor mendapat manfaat daripada pemerintahan BN jika menang kelak.
Lantaran menabur isu sahaja tidak cukup. Apatah lagi isu berkaitan sekumpulan wakil rakyat pakatan pembangkang meninggalkan gabungan itu telah pun dimanipulasi oleh barisan kepemimpinan mereka. Ini kerana kesemua wakil rakyat tersebut tidak menyertai BN. Mereka mahu berperanan sebagai wakil rakyat bebas - bebas menegur yang kanan dan yang kiri. Tentunya ada alasan mereka berbuat demikian. Alasan itulah yang dimanipulasi oleh pakatan pembangkang biar pun ada pendedahan tentang salah laku Anwar kerana ada di antaranya gagal dijawab oleh pihak yang membuat pendedahan.
Hakikatnya, kebergantungan terhadap isu untuk dijaja semasa berkempen bukan satu strategi yang jitu dan cerdik untuk memenangi hati rakyat. Rakyat mahukan pembangunan. Rakyat dahagakan peluang pekerjaan, pendidikan dan penyediaan pelbagai kemudahan yang akan menyenangkan urusan seharian mereka. Rakyat tidak kisah akan cerita-cerita luka dan duka BN atau pakatan pembangkang jika segala keperluan mereka dipenuhi. Mereka mahukan pemimpin yang bekerja, dilihat bekerja, tidak sombong dan mampu menjadi wakil kepada mereka di Dewan Rakyat kelak.
Yang bahayanya apabila keperluan rakyat dinafikan. Cuba lihat kawasan Parlimen Hulu Selangor dan tiga lagi DUN di bawahnya? Adakah segala kemudahan yang dikecapi disediakan semasa wakil rakyat pakatan pembangkang berkhidmat di situ. Atau tidak ada yang boleh dibanggakan? Sempatkah wakil rakyat sebelum ini menabur budi dan bakti kepada pengundi di situ seperti mana janji-janji manis semasa pilihan raya umum dua tahun lalu.
Di situ sebenarnya isu. Soal calon tidak timbul. Jika calonnya dari MIC tetapi khidmat yang ditunjukkan cemerlang dan gemilang pasti pengundi Melayu tidak akan teragak-agak untuk memangkah BN. Apatah lagi telah menjadi sejarah turun temurun dan bukannya tradisi, kerusi di situ ditandingi bukan Melayu dan diterima baik oleh para pengundi. Ada beza antara sejarah dan tradisi. Lantaran sejarah ada bukti susulannya manakala tradisi amalan yang diambil kira berasaskan keperluan majoriti kaum di situ. Tradisi itu tidak berlaku di Hulu Selangor selama ini. Jika tradisi yang menjadi kriteria maka sejak tahun 1959 calon yang bertanding di situ semestinya Melayu. Tetapi sejarah cuba dicipta di Hulu Selangor sejak 1959 dan ternyata berjaya biar pun menyanggah tradisi. Ia diteruskan cumanya masalah di belakang hari adalah apabila calon yang sama diletak di situ mengiyakan bahawa sejarah adalah matapelajaran membosankan sehingga ada cubaan untuk kembali kepada tradisi.
Apatah lagi apabila pembangunan di situ menjadi semakin lembap menambahkan kebosanan para pengundi sehingga menuntut satu revolusi yang belum dapat dipastikan keberkesanannya.
Hakikatnya biarpun ada cabaran tetapi BN mempunyai bukan setakat isu untuk dijaja.
BN mempunyai bukti. Tugas BN adalah untuk membentangkan bukti-bukti tersebut menerusi pendekatan yang mampu diterima rakyat. Hati pengundi mesti ditawan bukan setakat menuang tar bagi menutup jalan-jalan berlubang tetapi dengan keikhlasan bahawa dalam negara yang berbilang kaum sesiapa pun boleh menjadi wakil rakyat asalkan segala tanggungjawab dipenuhi.
Keikhlasan penting kerana tanpa kriteria itu akan timbul usaha untuk mensabotaj parti sendiri. Ini pernah berlaku dan tidak dinafikan. Lantaran kecintaan kepada parti didorong oleh habuan apabila gagal mendapat habuan maka gerak kerja kempen tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Itu satu lagi kekurangan BN. Semangat kecintaan kepada parti kadangkala dibatasi wang ringgit terutama di kalangan anak-anak muda sehingga menyebabkan poster tidak digantung, kempen dari rumah ke rumah tidak digerakkan dan pelbagai peristiwa malang lagi. Cuba lihat cara anak-anak muda dalam pakatan pembangkang terutama Pas bekerja. Mereka sanggup berhujan, berpanas melaksanakan tugas serta peranan masing-masing. Mungkin ada habuan tetapi nasi bungkus dan duit poket sehelai yang nilainya cukup untuk membeli kudap-kudap. Sebab itu sebesar dan sebanyak mana pun isu yang boleh dijaja oleh BN tidak cukup untuk memastikan Parlimen Hulu Selangor kembali ke pangkuannya. Ada beban dan tanggungjawab yang lebih besar. Tumpuan di tiga DUN iaitu Kuala Kubu Baharu, Batang Kali dan Hulu Bernam mesti diperhebatkan. Kemenangan pakatan pembangkang dengan majoriti 198 undi hakikatnya amat besar dan mesti diratapi oleh BN. Angka itu bukan main-main. Sekadar mendendangkan semula isu-isu yang telah pun diketahui rakyat tidak cukup untuk BN membuat catatan baru di Parlimen Hulu Selangor.
Isu-isu tersebut sudah basi, biarpun baru sebulan diperdengarkan. Lantaran rakyat semakin muak dengan politik kebencian dan politik terlebih yakin yang akhirnya mendorong mereka memangkah sesedap rasa tanpa peduli apa kesannya terhadap masa depan mereka sendiri.
Sebab itu pada pilihan raya ke-12, ramai yang tidak peduli akan nasib mereka. Kesemuanya kerana didorong rasa jelak yang akhirnya mengundang ke jelikan terhadap politik yang dilihat mengkayakan kelompok tertentu. Inilah masanya untuk barisan kepemimpinan BN belajar untuk memenangi semula hati rakyat yang pernah terluka. Diakui tugas itu tidak mudah. Ada rakyat yang sekali terluka terus serik dan enggan menurunkan kesetiaan kepada parti. Ada juga boleh melupakan kelukaan itu hanya jika kesilapan lama dapat diperbetulkan. Ini kerana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan parut lama berdarah kembali malah ada kemungkinan menyebabkan luka menjadi bertambah parah.
Kekosongan kerusi Parlimen Hulu Selangor hakikatnya menguji keutuhan BN yang sebenarnya masih berhadapan dengan masalah di kalangan parti-parti komponennya. Pilihan raya kecil yang akan berlangsung dua minggu lagi menuntut kerjasama erat pemimpin parti-parti komponen untuk sama-sama turun padang. UMNO tidak boleh dibiarkan hanya berdua-duaan dengan MIC. Pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan mesti turut serta - bermula dari hari pertama berkempen sehinggalah menjelang embun menutup tirai berkempen. Itu satu lagi cabaran BN. Ini kerana dalam beberapa pilihan raya kecil, semangat seumpama itu tidak terserlah. Jika calon BN dari parti UMNO yang bertanding maka dibiarkan UMNO terkontang-kanting sedangkan ada pengundi Cina di situ, ada juga pengundi India.
Tetapi jika calon MIC, MCA atau Gerakan dipilih, UMNO juga terpaksa bertungkus lumus menimbulkan persepsi rapuhnya semangat setiakawan di kalangan komponen yang berbeza bangsa dan agama. Parlimen Hulu Selangor menunggu dan bakal mencatatkan bukti sejauh mana BN belajar daripada pengalaman buruk 8 Mac 2008.