Sunday, March 13, 2011
Thursday, March 3, 2011
Friday, February 18, 2011
Tuesday, September 28, 2010
BN ada peluang 50:50 rampas DUN Galas
KUALA LUMPUR, 28 Sept — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan keyakinan Umno-BN mempunyai “peluang 50:50” untuk merampas semula kerusi tersebut daripada PAS pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan.
Suruhanjaya Pilihan Raya SPR dijadual bermesyuarat dalam waktu terdekat untuk menentukan tarikh pilihan raya kecil ke-12 sejak Mac 2008.
Bagaimanapun Timbalan Pengerusi BN ini menjangkakan saingan sengit daripada PAS yang memenangi kerusi itu dua tahun lalu.
“Kami ada rekod (di Galas). Kami pernah menang dan pernah kalah, jadi peluang adalah 50:50,” kata beliau lagi.
Sambil berkata BN tidak akan memandang mudah, Muhyiddin berkata: “Kami akan meletakkan calon terbaik, yang akan diputuskan oleh pucuk kepimpinan.”
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, calon Umno akan datang dari bahagian Gua Musang sendiri dan berharap ketuanya Tengku Razaleigh Hamzah akan memastikan kemenangan parti.
Kerusi itu kosong ekoran kematian Che Hashim Sulaima dari PAS semalam.
Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim berjaya merampas DUN Galas daripada BN dengan majoriti 646 undi.
Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.
Galas merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.
Pakatan Rakyat mempunyai 39 kerusi manakala BN pula enam di DUN Kelantan.
Tengah hari tadi, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub percaya bahawa parti Islam itu akan terus menerajui kerusi Dewan Undangan Negeri Galas dengan memenangi pilihan raya kecil kali ini.
Beliau berkata bahawa selama ini partinya sudah membuat persiapan yang rapi bagi menghadapi pilihan raya umum dan jentera parti sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas.
Sumber : The Malaysian Insider
Monday, September 27, 2010
Al-Fatihah - Ahli Dewan Undangan Negeri Galas Meninggal Dunia
ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus meninggal dunia di Hospital Al-IslamKampung Baru di Kuala Lumpur pada 4.30 petang tadi.
Perkara itu disahkan oleh naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menerusi twitternya sebentar tadi.
Che Hashim dimasukkan Hospital Pakar Perdana itu, selepas tiga hari pulang daripada membuat rawatan kimoterapi di China selama 10 hari.
Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah.
Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan.
Sumber : Malaysiakini
Sunday, September 26, 2010
Very Good Example PKR - Talking About Nepotism, Cronysm & Democracy!!!
SHAME ON YOU PKR!!!!

Inilah contoh parti yang hanya tahu cakap mengenai nepotism, kronism dan demokrasi...
Rupa rupanya PKR itu sendiri stand for "Parti Keluarga Rupanya!!"
Hey PKR
How do you expect us to vote for you when you are squabbling among yourselves for positions?
The end of PKR is near... The Fall of Its Not Due To BN, but by themselves...!!! Let the killing begin!
It all started with the fight between the Deputy President's Post. Anwar allowed on person to speak and the other one retaliate.
Look at UMNO!
Eventhough we have lot of issues and money politics but I never saw any candidates doing these kind of things in public. Anwar and his party has failed! Let's think twice now to vote for PKR in next General Election! How can you expect people like this to run our country?
Come And Read All of This Articles!!!
1) Isu ‘pengundi hantu’, kecoh tangguhkan sidang Jerai dan Merbok
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isu-pengundi-hantu-kecoh-tangguhkan-sidang-jerai-dan-merbok/
Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah terpaksa menangguhkan mesyuarat agung tahunan dua cabang di negeri itu semalam ekoran kekecohan dan isu kewujudan pengundi ‘berganda’ atau perwakilan tidak sah. Hari ini, mesyuarat agung tahunan Kuala Nerus di Terengganu ditangguhkan ekoran ketiadaan senarai calon muktamad ketika proses pengundian hendak dijalankan.
2)Pemilihan cabang: Ahad penuh kecoh, malukan buat PKRhttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemilihan-cabang-ahad-penuh-kecoh-malukan-buat-pkr/
Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengadakan pemilihan menggunakan sistem secara langsung, menyaksikan situasi paling buruk hari ini — kali pertama sejak bermulanya mesyuarat agung tahunan cabang minggu lalu dengan pemilihan enam bahagian digantung dan dipertikaikan.
Lima daripada bahagian itu melibatkan negeri Selangor iaitu Klang, Kapar, Kuala Langat, Subang dan Kota Raja.
3) Subang antara tiga cabang PKR kecoh, ditangguh pemilihan
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemilihan-pkr-subang-ditangguh-ekoran-masalah-teknikal-serius/
Dua lagi cabang ialah Parit Sulong, yang ketuanya Hasmi Hashim mahu bertanding jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kapar di Selangor.
4) MATC Merbok kecoh, mesyuarat ditunda
http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/pakatan-rakyat/10646-mesyuarat-cabang-pkr-merbok-kecoh-mesyuarat-ditunda
Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) PKR Merbok yang diadakan hari ini bertukar kecoh apabila wujud protes dikalangan ahli yang membabitkan proses undian pemilihan calon.
5) Lambat keluar resit, bendahari PKR cabang Batu Sapi ditumbuk
http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/pakatan-rakyat/10679-lambat-keluar-resit-bendahari-pkr-cabang-batu-sapi-ditumbuk
6) PKR polls: Dirty tactics to derail Zaid's run
http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/pakatan-rakyat/10696-chaos-erupts-as-barred-chief-takes-on-jeffrey
Party elections in several PKR divisions were today marred by underhand tactics which were played out to ensure leaders close to Anwar Ibrahim-Azmin Ali win, claimed several party insiders today. They said that tactics undertaken included allowing a bankrupt incumbent to contest, names of contestants removed from the ballot papers and recounts ordered to ensure deputy president nominations are given to Azmin.
7) Eli Wong bantah kekalahannya di PJU
http://www.malaysiakini.com/news/143676
Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Petaling Jaya Utara (PJU) hari ini.
Bagaimanapun, Elizabeth telah membuat bantahan kepada jawatankuasa pemilihan parti itu kerana mendakwa pemenangnya, Lee Chin Cheh hanya memindahkan keahliannya ke cabang PJU pada bulan Ogos.
8) Terlalu ramai ahli, Kapar, PJS tangguh pemilihan
http://www.malaysiakini.com/news/143655
Di samping itu, katanya, wujud keraguan pada kertas mengundi untuk pemilihan cabang.
"Ada calon AMK yang nak bertanding, tapi namanya hilang dalam kertas undi.
"Manakala calon wanita yang tarik diri, namanya masih ada lagi kertas undi.
9) Ketegangan tercetus di beberapa cabang PKR
http://www.malaysiakini.com/news/143684
Dalam perkembangan terkini dalam pemilihan secara langsung PKR, ketegangan tercetus di beberapa cabang parti itu yang mengadakan mesyuarat agung serta pemilihan hari ini.
Ada laporan yang belum disahkan mengenai pertengkaran berlaku di Kota Raja di mana ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar mempertahankan jawatannya.
10) Ahli pulau mesyuarat agung PKR Parit Sulong
http://www.malaysiakini.com/news/143654
Mesyuarat agung Cabang PKR Parit Sulong, Johor pagi ini tergendala apabila sekumpulan ahli bertindak memulaukannya.
And YOU DECIDE!