
Pada masa itu saya mahu bertanding di bawah Parti Demokratik Malaysia (MDP). Namun sebelum itu ketika kes V.K Lingam, saya telah dipanggil untuk berjumpa dengan pemimpin-pemimpin PKR. Pada mulanya saya menolak namun mereka mendesak. Mereka mengajak saya supaya bersama dan melupakan apa yang telah berlaku. Dahulu saya agak kritikal terhadap orang tertentu. Saya diminta jangan bertanding di Bukit Bintang kerana akan memecah undi sedangkan saya telah faham selok belok kawasan itu dengan baik. Mereka meminta saya bertanding di Petaling Jaya Selatan tetapi masalahnya DAP enggan benarkan saya bertanding di sana kerana takut kalah. Pada pilihan raya 2004 mereka kalah dengan undi yang tipis. Kemudian mereka meminta saya bertanding di Wangsa Maju dan saya mahu bertanding di bawah bendera MDP. Tapi mereka mendesak jangan bertanding atas tiket MDP kerana akan menimbulkan kekeliruan. Akhirnya saya mengalah dan bertanding atas tiket PKR.
READ FULL ARTICLE HERE
No comments:
Post a Comment