Wednesday, May 5, 2010

Program dibatal ekoran kesilapan ejaan pada risalah


http://teohyj.files.wordpress.com/2008/03/lim-guan-eng.jpg

PULAU PINANG 5 Mei - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membatalkan majlis pelancaran 30,000 risalah dan sepanduk bagi penyebaran program penghargaan warga emas berikutan berlaku kesilapan ejaan di bahagian muka hadapan risalah.

Arahan pembatalan itu dikeluarkan serta-merta oleh Guan Eng selepas ditegur beberapa wartawan yang menyedari kesilapan berkenaan, antaranya ejaan ”kearaajaan” (sepatutnya dieja kerajaan) dan penghinaaan (penghinaan).

Selain itu terdapat juga kesilapan tatabahasa dalam risalah berbahasa Inggeris iaitu ”A Sincere contribution from the people PR Goverment” (sepatutnya People ditulis People's).

Guan Eng yang terkejut dengan perkara itu, berkata, kesilapan itu tidak boleh diterima dan tidak sepatutnya berlaku.

"Kami tidak akan gunakannya. Majlis pelancaran tadi dibatalkan dan digantikan kepada sidang media saja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pelancaran risalah dan sepanduk untuk menyebarkan Program Penghargaan Warga Emas itu sepatutnya diadakan di bilik mesyuarat bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada jam 12.30 tengah hari ini.

Risalah itu dicetak dalam empat bahasa iaitu bahasa Malaysia, Mandarin, Tamil dan Inggeris.

Risalah dan sepanduk berkenaan akan diletakkan di tempat umum dan pusat khidmat wakil rakyat daripada pakatan pembangkang, bertujuan menguar-uarkan program berkenaan, iaitu pemberian RM100 kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas serta berdaftar sebagai pengundi di Pulau Pinang pada setiap tahun.

Program itu mendapat kritikan pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai gimik dan memalukan, bagaimanapun kerajaan negeri menegaskan bahawa ia sebagai tanda penghargaan kepada warga emas.







Bagaimanakah ini??? Bahasa Kebangsaan pun tak dikuasai...

No comments:

Post a Comment