Saturday, April 17, 2010

Bekas Ketua Pemuda Pas bantah pencalonan Zaid di P94



GEORGETOWN - Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin membidas Pas kerana turut menyokong Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Hafiz yang juga Pengerusi Badan Anti IFC (Badai) berkata, tindakan Pas itu amat memalukan kerana menyokong pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun mengetahui personaliti dan tindak tanduknya sebelum ini, terutama ketika di dalam UMNO.

“Bagaimana Pas tergamak mengangkat seorang yang pernah mencabar pelaksanaan hudud di Kelantan ke mahkamah, terlibat dan menyokong penubuhan IFC (Suruhanjaya Antara Agama) serta berhasrat membuang kekuatan mahkamah syariah dalam perlembagaan dengan kempen terhadap Artikel 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan.

“Dia tidak pernah patah balik termasuk menarik balik tuduhan atau meminta maaf atas keterlanjurannya menghina umat Islam,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Artikel 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan menyebut mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa terhadap apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah tidak boleh dipinda.

Menurutnya, Zaid pada zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mempunyai perjuangan dengan agenda tersembunyi yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai orang Islam.

Katanya, Zaid juga terlibat dengan penerbitan buku-buku sekularis, liberalis dan anti hadis melalui sebuah syarikat penerbitannya.

“Dia adalah seorang yang berjiwa pluralisme berdasarkan tulisan dalam bukunya berjudul In Good Faith.

“Adakah orang seperti ini sesuai untuk menjadi pemimpin?,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut membidas PKR dan PR kerana mencalonkan Zaid Ibrahim sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu yang tidak langsung mencerminkan hasrat murni perjuangan umat Islam.

“Carilah calon yang lebih sesuai dan mampu meningkatkan martabat bangsa dan agama serta berkeupayaan membela nasib pengundi,” katanya. - SINARHARIAN-


Seluruh ahli serta penyokong Pakatan Rakyat sebenarnya sudah tahu dengan isu moral yang ada pada Zaid Ibrahim. Tapi mereka terpaksa juga akur dengan keputusan De Facto PKR yang tetap mahukan Zaid bertanding disitu.

Jentera kempen dan juga seluruh penyokong Pas di Hulu Selangor kini terpaksa menahan malu dan berpura-pura menyanjung Zaid hanya semata-mata takutkan Anwar Ibrahim.

Kesemua 2000 jentera Pas dari seluruh negara terpaksa menjadi MUNAFIQ di Hulu Selangor kerana mahu memenangkan pesalah moral tegar seperti Zaid Ibrahim.

Apa boleh buat..., demi kuasa dan demi menjaga hati kafir DAP, penyokong-penyokong taksub Pas rela memalitkan najis ke muka sendiri dengan harapan mereka diterima berkongsi kuasa didalam gerombolan Pakatan Rakyat.

Inilah keadaan sebenar yang terjadi kepada seluruh organisasi parti Pas hari ini. Mereka rela melakukan apa sahaja kini akibat dari "hidayah" yang telah hilang dalam pemikiran mereka.

Kewarasan fikiran dan keseimbangan akal sudah semakin terhakis didalam kepala jemaah dan pemimpin Pas kesan dari perhubugan "haram" mereka dengan puak kafir DAP dan juga melayu sekular PKR.



Dipetik dari p94huluselangor.blogspot.com

No comments:

Post a Comment