Saturday, April 10, 2010

TUNJUK BUKTI EJEN ISRAEL ADA DI BUKIT AMAN





SIAPA yang tidak marah kalau ada orang luar tiba-tiba buat tuduhan kita ada menyimpam pencuri di rumah. Jangan cakap ikut sedap mulut saja, kenalah tunjuk bukti. Kalau tak ada bukti jangan sebarang cakap.

Saya tabik hormat kepada Anwar Ibrahim kalau betul dakwaannya ejen Israel sudah masuk ibu pejabat polis Bukit Aman. Hebatlah Ketua Pembangkang itu yang entah siapa gerangan yang menjadi ejen perisiknya hingga dapat menjejaki musuh negara yang mahu mencerobohi sistem maklumat keselamatan negara kita.

Kalau tuduhan Anwar betul, dia kena bantu polis dengan memberi maklumat yang berguna untuk menangkap ejen Israel itu. Kalau tak betul, tak akan Anwar boleh dibiar lepas begitu sahaja. Sedangkan bau busuk yang ditinggalkannya kepada Bukit Aman bukan kecil, ia sudah dihidu oleh seluruh negara di dunia.

Saudara Anwar tolonglah tunjukkan bukti segera.

No comments:

Post a Comment