Friday, April 16, 2010

PRK Hulu Selangor: Pilihanraya bermula



PRK Hulu Selangor hari ini bermula dengan penamaan calun di Kuala Kubu Baru. BUat setakat ini, pertandingan ini adalah antara P Kamalanathan (BN) menentang Dato Zaid Ibrahim (PKR). Dipercayai lebih 30 borang telah dibeli dan akan ada beberapa calun bebas akan muncul, tetapi isunya berapa?

Bagi BN, pilihanraya kecil ini adalah permulaan untuk bangkit kembali dan seterusnya merampas kembali Selangior dari Pakatan Rakyat. Isu-isu terhadap PKR banyak sekali dan BN akan menjelaskan kepada pengundi di Hulu Selangor dua perkara pokok.

Pertama adalah Zaid Ibrahim bukan seorang yang layak dipanggil pemimpin. Pandangannya sering kali lari dari pandangan norma masyarakat dan hingga extreme tidak setuju pada Perlembagaan dan lain2. Dia mempunyai banyak isu2 peribadi yang tidak akan memudahkan ia diterima masyarakat Hulu Selangor.

Inilah disebalik kata2 Zaid berkata dia akan menjalankan clean campaign dan tidak mahu bermain peribadi. Cara hidup, amalan dan pandangan Zaid Ibrahim bukan menikut norma masyarakat tradisi di Hulu Selangor. Jika tidak menyentuh peribadinya pun track record Zaid penuh dengan pembohongan dan tidak konsisten.

Kedua, turut sama akan di perinci track record adalah Menteri Besar Khalid Ibrahim. Senarai janji2 pilihanraya umum yang tidak dipenuhi. Mana2 yang cuba dipenuhi banyak sekali terselindung cacat cela dan perkara sebenar yang tidak sampai ke pengundi biasa. Kegiatan vices atau haram seperti rumah urut, pelacuran, rumah2 hiburan dan lain2 meningkat.

Isu air yang ingin dijaja Khalid sebenarnya satu penipuan. Kerana air konon percuma, tapi orang pendapatan rendah tak merasa. Perbelanjaan kerajaan negeri menjadi haywire. Mulai BULAN INI KERAJAAN KHALID DAN PUNAISIHAT TIDAK ADA WANG UNTUK MEMBAYAR AIR PERCUAM DAN AKAN MENGGUNAKAN RIZAB KERAJAN SETELAH WANG KDEB HABIS.

Paling ketara dan terkini mengenai ini adalah usaha Khalid mengagalkan usaha Yayasan Basmi Kemiskinan membina UiTM yang boleh membangunkan Hulu Selangor sebagaimana ia membangunkan bandar2 seperti Shah ALam, dan Bangi sebagai contoh.

Sudahlah tidak membantu, Khalid kini sedang melakukan kempen pembohongan dan memutar fakta untuk melakarkanb Dato Zainal Sakom dan YBK sebagai berlaku penyelewengan. Mereka saja menunjukkan jumlah tanah dalam decimal tiga angka untuk menipu rakyat seolah YBK dapat tanah seluas 2 juta dan bukan 2 ribu ekar.

Dua perkara pokok ini perlu diulang, diperinci dan disebarkan.

Kami The Unspinners telah banyak menyentuh semua isu-isu ini dan keperinciannya dalam blog ini. Sila browse dan lakukan carian di sini. Untuk isu kedudukan kewangan dan janji2 suci basi Khalid sila ke laman blog Dr Khir Toyo.

Apa yang Zaid dan Parti Kelentong Rakyat akan buat sebagai isu? Hanya isu2 basi dan rekaan saja seperti APCO yang ada. Adakah Zaid superliberal setuju permainan isu APCO? Tidak. Mereka dikatakan akan menjana macam2 cerita untuk menggambarkan BN tidak cekap, tidak selesaikan masaalh rakyat, dan seleweng.

Bnayak isu2 yang susah untuk difahami dan tidak penting untuk orang tempatan. Isu2 yang syok sendiri saja.

Perlu kita tanya kembali. Adakah isu yang mereka cuba mainkan seperti bumbung terbang, tanah Sungai Buaya dan lain2 isu kerajaan atau swasta?

Adakah isu yang mereka timbulkan sesuatu yang sudah menjadi tanggungjawab mereka sebaga kerajaan negeri? Kami tahu mereka l;upa mereka juga kerajaan dan bukan lagi pembangkang yang hanya kerja menembak.

Kempen sepatutnya bermula tapi PKR telah mulakan kempen dua tiga minggu sebelum ini. Nampaknya rakyat sudah mula letih dengan kempen yang terlalu banyak dan bertubi. Masjid digunakan sesuka hati mereka untuk berkempn sana sini. Tidak seperti etika yang ditetapkan oleh BN semasa memerintah.

Calun BN dari MIC, P Kamalanathan adalah satu calun yang sesuai untuk kawasan majmuk yang majoriti lebih sedikit Melayu. Berasal dari rawang yang suatu masa dahulu adalah sebahagain dari Rawang, Dia mencerminkan dirinya sebagai calun 1Malaysia - Kamal (Melayu) Alan (Cina) dan Nathan (India).

Begitulah hidupnya dari kecil. Seorang yang tidak ada cacat cela dan masih bersih, Kamalanathan adalah seorang aktivis sejak dari usia remaja lagi. Selain penglibatan dalam politik. beliau adalah aktivis kemayarakatan.

Bagi yang tidak mengenalinya, keluarga angkat Kamal adalah Dato Zulkifli Abdullah dan Datin Fatima Serendah.


Dipetik dari blog The Unspinners

No comments:

Post a Comment