Friday, April 16, 2010

Majlis Pelancaran Jentera BN Perak


Tahniah Awekz ucapkan kepada BN Perak yang di Pengerusikan oleh YAB DS Dr Zambry diatas pelancaran serta simbolik pelepasan semua jentera bagi menghadapi PRK Parlimen Hulu Selangor P094 semalam. Sambutan yang diterima semasa majlis amatlah luar biasa. Pelancaran dibuat di Slim River di mana Awekz berkesempatan untuk berada di sana.



Dengan simbolik pelepasan tersebut, Awekz harap semua jentera yang telah diberi amanah akan dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin bagi merampas kembali Parlimen Hulu Selangor. Awekz juga mendapat maklumat bahawa Ketua Zon 2C mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak telah melawat mangsa kebakaran di Kg. Serigala. Bantuan juga telah diberikan kepada mangsa untuk mengurangkan beban mangsa.

Calon BN juga telah dimumkan, tidak kira siapa calonnya, yang penting kini TERUSKAN MISI MENAWAN HULU SELANGOR!!! Buktikan sokongan rakyat telah kembali semula kepada kita!!! Selamat berjuang kepada semua...



dipetik dari awekzbukitgantang

No comments:

Post a Comment